17 November 2011

Luahan cinta yang tulus suci.



Cintaku kepadamu bukan ibarat kertas, cintaku adalah bara yang sentiasa membara dan marak ditiup kerinduan kepada mu. Setiap detik dan ketika api cintaku kepada mu menjadi semakin marak. Alangkah indahnya perasaan itu. Dikau hadir saat aku memerlukan penawar luka lara. Setelah lama hidup ku kekosongan dan diselubungi kesepian, akhirnya terubatlah luka di hatiku dengan haruman cintamu. Tiada apa yang aku mampu ucapkan, selain ucapan berjuta-juta terima kasih kerana sudi mengisi kekosongan hidupku. Tetapi dukacita kurasakan curiga yang teramat menyeksakan dan bila mendengarkan khabar yang menyatakan sesungguhnya benar kata hatiku, tidak kudapat memisahkan bibir seluasnya kerana hadirku jua dalam hidupmu adalah kerana rasa cintakan seseorang yang perlukan bimbingan untuk perubahan kearah kebahagiaan. Keputusanku adalah untuk melupakanmu adalah sangat derita bagiku kerana aku tidak yakin dengan kemampuanmu. Aku terus berada disetiap penjuru langkahmu, bagiku kau telah dijadikan catur dalam permainannya. Aku masih tetap disisimu. Senyuman dan wajahmu mu sering aku terbayang-bayang di ruang mindaku. Bila dikau mengatakan rindu kepada ku, aku juga merindui mu. Bila dikau mengatakan sayang kepada ku, aku juga sayang kepada mu. Sekarang walaupun kita berada berjauhan, aku di Shah Alam, dikau di Terengganu. Namum ia tidak sedikit pun memalapkan dan memgurangkan kehangatan cintaku kepada mu. Mencintai mu merupakan perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakan mu, kerna dikau merupakan segalanya bagiku. Aku juga turut mengakui kadang-kadang cinta kita diuji dengan ranjau dan duri, tapi percayalah, ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku kepada mu. Malah aku kuatkan diriku untuk mencari jalan yang sempit untuk memberi perlindungan yang kau minta sewaktu kau perlukan seseorang untuk teruskan kehidupan dimana ungkapan dari secantik bibirmu telah membawa diriku untukmu. Detik pertemuan dan penyemaian benih-benih cinta diantara kita merupakan detik pertemuan yang tidak pernah dirancang. Kita umpama sepasang merpati yang bebas terbang di awanan biru, sedang menyusung impian bagi membina mahligai cinta suci yang selama ini aku sangat mengharapkan. Merasakan kau juga ingin harapkan jua. Lalu, cintaku kepada mu lahir tidak terucap, indah tidak tergambar, diam tetapi berbicara. Hingga membuatkan aku tidak mampu lagi melupakan mu walaupun hanya satu saat. Biarpun malam tidak bertemankan bulan dan bintang, ku tetap dan sentiasa mengingati mu. Tak mungkin untuk ku melupakan dikau yang aku begitu cintai. Peluang telah diperlihatkan untukku supaya mendapatkanmu, tetapi aku dihiris sembilu tajam, dihempab balak yang sangat berat dan dari saat itu sudah tidak tersemai kepercayaanku terhadad kejujuranmu. Kesabaran terus mendewasakan aku. Demi cinta suci ku, demi tulus ikhlas ku hanya untuk mu. Aku memcintai mu sepenuh hatiku. Usahaku masih panjang perjalanannya. Saat ini aku masih ragu2 dengan cintamu yang kau selalu tangiskan. Kau bagi aku kesedihan yang kau semua insan pernah lalui. Sebaliknya, tidak sekali kau cuba untuk dalami kepahitan yang sangat hitam dan gelap seperti mana aku alami saat ini. Namun aku mesti terus tabah untuk orang yang aku perlu cinta. Demi sesungguhnya kaulah yang teragung dalam kehidupanku. Tiada yang bisa menggantikan mu. Aku hanya inginkan dirimu. Hanya "CAHAYA yang diberi nama SITI ZAFIRAH BTE MOHAMAD ZAHRAIN (Yang beroleh kemenangan)". Ini merupakan hasil nukilan daripada hatiku terhadap seorang yang aku amat cintai. Aku tujukan luahan ini untuknya. Ini merupakan luahan yang amat aku hargai untuk cintaku kepadanya..Artikel kali ini, aku cipta dengan imginasi dan perasaan cintaku yang mendalam terhadapnya, iaitu insan yang bertakhta di hatiku. Biarpun aku derita, aku ingin kebahagiaan untukmu selamanya.

No comments:

Post a Comment